Polis buru sekumpulan lelaki larikan barang kemas RM1.08 juta

Dari Penulis

POLIS kini memburu sekumpulan lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian memecah masuk sebuah kedai emas di Taman Margosa Maju, Bahau, pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian daripada pemilik kedai pada pukul 9.41 pagi.

Beliau berkata, pengadu mendakwa kedai emas miliknya telah dipecahkan masuk dan barang kemas yang disimpan dalam peti besi hilang.

“Siasatan mendapati suspek masuk ke dalam kedai dengan cara memotong besi tingkap nako di bahagian tandas lalu memecahkan pintu besi dan masuk ke dalam bilik kebal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, beberapa peralatan untuk memecah masuk premis terbabit telah diambil bagi siasatan lanjut.

Katanya, pemilik premis mengalami kerugian bernilai RM1.08 juta membabitkan pelbagai jenis barang kemas.

“Semakan kamera litar tertutup mendapati suspek terdiri daripada beberapa orang lelaki yang memakai topi, bersarung tangan dan berpelitup muka,” ujarnya

Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspekto Raj Kumar di talian 06-4582222.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis siasat lelaki berpakaian seperti askar, bawa senjata di Kepong

PIHAK polis sedang menyiasat video tular yang memaparkan seorang lelaki berpakaian menyerupai pasukan keselamatan dan memiliki senjata dipercayai tiruan...

More Articles Like This