‘Hari ini sudah ramai yang meninggalkan UMNO’ – Muhyiddin

Dari Penulis

PERIKATAN Nasional (PN) tidak kisah sekiranya ahli atau pemimpin UMNO tidak menyertainya dan sudah memadai sekiranya mereka menyatakan sokongan terhadap gabungan tersebut.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun, tetap menaruh harapan kepada pemimpin UMNO supaya meninggalkan parti itu dengan beralih menyatakan sokongan kepada PN.

“Orang UMNO memang tidak akan berganjak kerana kita pun tidak akan lari dan tinggalkan parti kerana ia sudah sebati dengan hidup kita.

Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama pemimpin-pemimpin Perikatan Nasional ketika hadir ke Konvensyen Pilihanraya Perikatan Nasional Selangor 2023 di Shah Alam, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Hari ini, sudah pun ramai yang meninggalkan UMNO. Pemimpin besar, pemimpin sederhana mahupun pemimpin kecil, bawahan mengisytihar sokongan kepada PN. Terima kasih Tan Sri Noh Omar dan banyak lagi. Saya tak payah sebut di sini.

“Yang lain kata dia tak kena keluar dulu tetapi dia tetap sokong PN. Tak apa, jangan paksa suruh masuk mana-mana parti, asalkan dia sokong (PN).

“Saya percaya kali ini sebab yang menyokong UMNO dulu akan meninggalkan UMNO dan menyokong PN, Insya-Allah,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Baca artikel lain: Jangan layan kenyataan bertentangan pendirian rasmi Kerajaan Perpaduan

Beliau berkata demikian di Konvensyen PN Selangor 2023 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) hari ini.

Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap ketika hadir ke Konvensyen Pilihanraya Perikatan Nasional Selangor 2023 di Shah Alam, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Pada majlis sama, Muhyiddin menyentuh mengenai pemilihan calon PN untuk pilihan raya negeri (PRN) dalam masa terdekat.

Menurut Ahli Parlimen Pagoh itu, beliau menegaskan calon yang disenaraikan oleh pucuk pimpinan parti dalam gabungan itu wajib diterima.

“Ramai calon berkelayakan (dalam PN). Di Selangor khususnya sudah diteliti.

Sebahagian daripada jentera-jentera Perikatan Nasional bersemangat ketika hadir ke Konvensyen Pilihanraya Perikatan Nasional Selangor 2023 di Shah Alam, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Pucuk pimpinan putuskan (siapa dipilih jadi calon)… (maka) wajib terima calon itu…setuju?” katanya.

Mengulas manifesto PN, Muhyiddin berkata ia akan dilancarkan dalam tempoh seminggu atau dua minggu lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This