Polis sahkan terima laporan penyanyi wanita dicabul

Dari Penulis

POLIS mengesahkan telah menerima laporan daripada seorang penyanyi yang mendakwa kehormatannya telah dicabul ketika berada di Bilik VVIP, belakang pentas Dataran Nilai, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, penyanyi wanita berusia 26 tahun itu telah membuat laporan pada pukul 12.01 tengah malam tadi.

Beliau berkata, dalam kejadian pukul 11.05 malam itu, pengadu yang telah selesai membuat persembahan nyanyian telah didatangi oleh seorang lelaki yang meminta kebenaran untuk berswafoto.

“Pengadu memberi kebenaran dan setelah selesai swafoto, lelaki tersebut menarik tangan lalu menggengam dan mencium tangan pengadu.

“Terkejut dengan tindakan lelaki itu, pengadu terus menjerit dan lelaki tersebut bertindak melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, suspek berjaya ditangkap oleh pihak penganjur dan diserahkan kepada polis yang bertugas di festival tersebut bagi tindakan lanjut.

“Suspek merupakan seorang lelaki tempatan yang tidak mempunyai rekod jenayah.

“Suspek kini direman selama tiga hari sehingga Rabu bagi siasatan lanjut,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This