Inspektor Sheila mengaku tak bersalah aib Lans Koperal

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

SEORANG pegawai polis dikenali sebagai Inspektor Sheila didakwa di Mahkamah Majistret Selayang hari ini atas pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal.

Tertuduh, Inspektor Sheila Sharon Steven Kumar, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Nor Hafizah Rajuni.

Mengikut kertas pertuduhan, Sheila didakwa telah didapati menyebut berkenaan pangkat dengan cara tidak wajar kepada Lans Koperal Abdul Arif Farhan Abdul Razak dengan maksud mengaibkan kehormatan anggota itu.

Sementara itu, dalam mahkamah berasingan di hadapan Majistret Chai Guan Hock, Sheila turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan niat menghina kesopanan seorang lelaki berbangsa India berusia 41 tahun.

Mengikut pertuduhan itu , Sheila telah berkata “kamu tengok badan kamu, gemuk, botak dan badak sumbu” terhadap pengadu tersebut.

Baca artikel : Inspektor Sheila digantung tugas, polis buka 8 kertas siasatan

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, Sheila didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman sehingga lima tahun atau denda, atau keduanya, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding sama, pegawai polis yang berkhidmat selama tujuh tahun itu juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap seorang wanita berbangsa India berusia 69 tahun.

Inspektor Sheila Sharon dituduh atas kesalahan melakukan ugutan jenayah dan berkelakuan tidak sopan ditempat awam ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Kesalahan itu didakwa dilakukan dengan niat untuk mendatangkan kegentaran kepada pengadu tersebut.

Bagi kesalahan itu, pendakwaan adalah mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau keduanya, jika sabit kesalahan.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan SG 1/1, Taman Sri Gombak, Gombak pada 15 Jun lalu masing-masing sekitar jam 1.25 tengah hari, 1.00 tengah hari dan 12 tengah hari.

Bagi pertuduhan pertama di hadapan Nor Hafizah, Timbalan Pendakwa Raya, Anis Farhah Ahmad Hilmi menawarkan jaminan sebanyak RM5,000.

Manakala bagi pertuduhan kedua dan ketiga di hadapan Guan Hock, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nur Iman Ahmad Afzal menawarkan jaminan sebanyak RM8,000.

Baca artikel ; Lagi! ‘Suspek marah polis’ disiasat selisih faham di tempat letak kereta

Peguam yang mewakili Sheila, Monaharan Malayalam memohon jaminan rendah memandangkan anak guamnya memandangkan seorang pegawai polis dan tidak akan melarikan diri daripada hadir ke mahkamah.

Kedua-dua mahkamah kemudian membenarkan jaminan masing-masing sebanyak RM3,000 dan RM2,000 untuk kesemua pertuduhan selain menetapkan 7 Ogos depan bagi sebutan semula kes.

Sebelum ini, pegawai itu dikecam warga maya selepas dua klip video tular memaparkan dirinya mencemuh anggota berpangkat Lans Koperal dalam kejadian di Gombak, Selangor.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This