Pelajar pijak al-Quran didakwa di mahkamah esok, berdepan 2 pertuduhan – AGC

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PELAJAR lelaki yang didapati memijak al-Quran di Kuantan, Pahang yang tular di media sosial akan didakwa di mahkamah esok dan berdepan dua pertuduhan.

Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan, pihaknya sudah meneliti kertas siasatan yang dikemukakan dan mendapati terdapat keterangan yang mencukupi untuk pertuduhan dikenakan terhadap Orang Yang Disyaki (OYDS).

“Jabatan ini telah memutuskan untuk mendakwa OYDS di bawah seksyen 295 Kanun Keseksaan [Akta 574] kerana mencemarkan objek yang dianggap suci iaitu al-Quran.

“Dengan memijaknya, yang mana perbuatan tersebut dilakukan dengan pengetahuan bahawa ia merupakan suatu penghinaan terhadap agama Islam,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Selain itu, AGC turut memutuskan untuk mendakwa OYDS di bawah seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].

Jelasnya, ini kerana telah membuat dan memulakan suatu hantaran komunikasi yang bersifat jelik melampau dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Threads.

“Kedua-dua pertuduhan tersebut akan dikemukakan di mahkamah yang mempunyai bidang kuasa pada 3 Mac 2026.

“Seksyen 295 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

“Manakala sekyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 memperuntukkan denda tidak melebihi RM500,000.00 atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya lagi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This