Pemandu maut selepas treler muatan pasir jatuh gaung sedalam 10 meter

Dari Penulis

SEORANG pemandu maut manakala isteri serta anaknya cedera selepas treler dinaiki terjatuh ke dalam gaung di Kilometer 43.4, Lebuhraya Karak- Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, dalam kejadian pukul 4 pagi itu, treler bermuatan pasir dalam perjalanan dari Taiping, Perak ke Terengganu.

Berdasarkan kesan-kesan kerosakan, polis mendapati pemandu telah hilang kawalan apabila tiba di selekoh sebelum melanggar penghadang jalan dan terjunam ke dalam gaung.

“Pemandu yang dikenali sebagai Mohamad Hasrul Abdul Halim,33, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah dan tersepit.

“Sementara isteri berusia 41 tahun dan anak berusia 5 tahun hanya cedera ringan dan dihantar ke hospital bagi menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, menurut kenyataan Balai Bomba dan Penyelamat Bentong, panggilan mengenai kejadian diterima pada pukul 3.45 pagi.

“Bomba tiba di lokasi dan mendapati kemalangan melibatkan sebuah treler bermuatan pasir yang telah terbalik ke dalam gaung sedalam 10 meter,” kata kenyataan itu hari ini.

Jelas kenyataan itu, mangsa telah tersepit di tempat duduk pemandu dan dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas sebelum disahkan maut.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Penunggang maut dirempuh motosikal ketika lintas persimpangan lampu isyarat

SEORANG penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di persimpangan lampu isyarat jejantas atas Jalan Johor...

More Articles Like This