Laos bentang permaidani merah sambut lawatan sulung Anwar

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan sambutan rasmi dengan hamparan permaidani merah oleh kerajaan Laos di bangunan Pejabat Perdana Menteri di Vientiane, hari ini, sempena lawatan rasmi dua hari beliau ke negara itu.

Sejurus tiba, Anwar yang ditemani isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerima jambangan bunga daripada murid sekolah tempatan dan disambut oleh Perdana Menteri Laos, Dr Sonexay Siphandone serta isteri Vandala Siphandone.

Lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan diikuti dengan pemeriksaan kawalan kehormat oleh Anwar, dengan diiringi rakan sejawatannya dari Laos.

Kedua-dua pemimpin kemudiannya meneruskan mesyuarat dua hala dan akan menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) antara Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Lao National Railway State Enterprise (LNRSE) serta Mutiara Perlis Sdn Bhd (MPSB) dan Thanaleng Pelabuhan Kering (TDP).

Baca artikel berkaitan: Lawatan Anwar ke Laos erat hubungan KL-Vientiane

Anwar dan Siphandone juga akan menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Electricite du Lao (EDL).

Ini akan disusuli dengan sidang media bersama sebelum Siphandone menghoskan majlis makan tengah hari rasmi bagi meraikan Anwar dan delegasi Malaysia.

Anwar tiba di Laos petang semalam untuk lawatan sulungnya ke negara ini atas jemputan rakan sejawatannya dari Laos dengan diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas tak bantu kempen Bersatu di PRN Johor

PAS yang sebelum ini mengumumkan untuk membatalkan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan membantu kempen...

More Articles Like This