PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bakal mengaktifkan ‘SmartLane’ di lima lokasi kritikal sepanjang lebuh raya kendaliannya bagi melancarkan aliran trafik sempena perayaan Aidiladha.
Lima lokasi SmartLane itu adalah antara Persimpangan Port Dickson hingga Persimpangan Seremban (KM260.0 hingga KM263.1 – Arah Utara); Persimpangan Senai Utara hingga Persimpangan Kulai (KM19.0 hingga KM27.0 – Arah Utara) dan laluan Gua Tempurung – Gopeng (KM306.7 hingga KM297.0 – Arah Utara).
Selain itu, SmartLane turut dibuka di laluan Slim River – Sungkai (KM367.3 hingga KM354.1 – Arah Utara) dan Kawasan Rehat & Rawat Rawang – Sungai Buaya (KM439.9 – KM435.5 – Arah Utara).
Pengurus Besar Kanan Operasi PLUS, Mohd Yusuf Abdul Aziz berkata, lorong paling kiri sedia ada dibuka sebagai laluan tambahan ketika SmartLane diaktifkan bagi menambah kapasiti dan membantu melancarkan trafik.
Beliau berkata, langkah itu adalah untuk mengoptimumkan penggunaan semua laluan di samping meningkatkan kapasiti lorong seterusnya mengurangkan kesesakan di laluan kritikal lebuh raya.
Menurut Mohd Yusuf, pengaktifan lorong tersebut telah mendapat sokongan dan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM); Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
“Di lokasi SmartLane, pengguna lebuh raya dibenarkan memasuki dan memandu di laluan kecemasan untuk sementara waktu sebelum diarahkan untuk masuk semula ke laluan utama bagi meneruskan perjalanan mereka.
Baca artikel berkaitan: OSC 3.0 Plus ditambah baik, kelulusan 21 hari – PM
“Walau bagaimanapun, pengguna dilarang sama sekali untuk memandu di lorong kecemasan di lokasi-lokasi lain di mana tiada laluan SmartLane diaktifkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Yusuf memaklumkan, pihaknya menjangkakan kira-kira dua juta kenderaan akan berada di lebuh raya kendalian PLUS.
Katanya, jumlah tersebut adalah peningkatan sebanyak 12 peratus terutama pada hari puncak iaitu 28 Jun (Rabu) dan 1 Julai (Sabtu) berbanding 1.7 juta kenderaan sehari pada hari-hari biasa.
Pada masa sama, Mohd Yusuf berkata, PLUS akan turut mengambil langkah tambahan termasuk menambah pasukan PLUSRonda untuk mengadakan lebih rondaan di lebuh raya dan menghentikan sementara kerja penyelenggaraan jalan di antara 24 Jun hingga 3 Julai ini (pengecualian diberikan kepada kerja-kerja penyelengaraan dan kecemasan yang memerlukan tindakan segera demi keselamatan pengguna).
” PLUS akan mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA). Jadual TTA boleh dirujuk di laman web PLUS atau semua saluran media sosial PLUS,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

