SEORANG pemandu rentung selepas lori kontena muatan sayur-sayuran yang dipandunya terbabas lalu terbakar di Kilometer 254 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, awal pagi tadi.
Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian tersebut pada pukul 3.19 pagi.
Susulan itu, katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar dan Meru Raya telah digerakkan ke lokasi kejadian.
Baca artikel lain: PM perjelas isu 40 peratus hasil Sabah di Dewan Rakyat esok
“Kebakaran membabitkan sebuah kontena sejuk beku yang membawa muatan sayur-sayuran yang dipercayai terbabas ke tepi jalan sebelum terbakar.
“Mangsa lelaki berusia 64 tahun disahkan maut di tempat kejadian oleh pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar berdasarkan keadaan fizikal mangsa yang telah rentung,” katanya dalam kenyataan.
Katanya lagi, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 5.07 pagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

