Seramai 1.659 juta jemaah haji berada di Arab Saudi

Dari Penulis

SERAMAI 1.659 juta jemaah telah memasuki Arab Saudi melalui pelabuhan udara, darat dan laut untuk musim haji tahun ini setakat Ahad, menurut Direktorat Am Pasport Arab Saudi.

“Daripada jumlah itu, seramai 1.592 juta jemaah tiba melalui lapangan terbang, termasuk 242,272 penerima “Makkah Route Initiative,” lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Jumlah ketibaan melalui pelabuhan darat pula seramai 60,807 jemaah, manakala 6,831 jemaah tiba melalui pelabuhan laut.

Baca artikel berkaitan: Jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

Pihak direktorat komited untuk menggunakan semua keupayaan yang ada untuk memudahkan prosedur kemasukan jemaah haji.

Ini termasuk melengkapkan platform di pelabuhan udara, darat dan laut antarabangsa dengan peranti teknologi terkini dan dikendalikan oleh kakitangan berkelayakan yang mahir dalam pelbagai bahasa.

— BERNAMA-SPA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This