Menteri buat kecoh mahu ‘selamatkan’ pelawat China ditahan di KLIA

Dari Penulis

SEORANG menteri didakwa telah melakukan ‘kekecohan’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam selepas mahu ‘menyelamatkan’ seorang pelawat China yang ditahan daripada masuk ke Malaysia.

Menurut laporan Bebas News yang memetik sumber, menteri berkenaan dikatakan telah menceroboh masuk ke dewan ketibaan antarabangsa tanpa memohon pas keselamatan.

Tindakan menteri itu dipercayai dilakukan bagi ‘menyelamatkan’ seorang wanita warga China yang ditahan Jabatan Imigresen.

Laporan tersebut memaklumkan, wanita itu tidak dibenarkan memasuki negara ini sebaik tiba di KLIA.

Baca artikel berkaitan: Bukan langkah tepat perketat SOP pengembara luar negara – Menteri Pelancongan

Menteri berkenaan kemudiannya menggunakan kuasanya dan memarahi Polis Bantuan KLIA serta pegawai Imigresen apabila tindakannya mahu ‘membebaskan’ pelawat warga China itu dihalang.

Difahamkan, ini adalah kali ketiga menteri tersebut melakukan tindakan sedemikian membabitkan pelawat yang ditahan daripada memasuki negara.

Insiden tersebut turut tular dalam media sosial.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This