PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sedang melalui proses pertimbangan sebelum memutuskan senarai Kabinet yang akan diumumkan kelak.
Perkara itu dinyatakan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) menerusi satu kenyataan sambil memberitahu proses melibatkan jawatan menteri dan timbalan menteri itu perlu dijalankan secara cermat.
“Perdana Menteri juga akan memutuskan senarai menteri dan timbalan menteri kerajaan MADANI kelak, selepas proses pertimbangan yang cermat, berhemah dan benar-benar berlandaskan kepentingan rakyat
serta hala tuju reformasi negara,” katanya hari ini.
Sebelum ini, Anwar memberikan bayangan bahawa beliau tidak akan melakukan rombakan Kabinet secara besar-besaran, sebaliknya hanya akan mengisi kekosongan bagi beberapa jawatan menteri.
Perdana Menteri berkata, ia berikutan tempoh Kabinet di bawah pentadbirannya hanya akan berfungsi selama kira-kira satu setengah tahun saja lagi, sebelum penggal pentadbiran itu berakhir.
Baca artikel lain: Polis tahan seorang juruteknik kes pecah cermin kereta dengan batu
Pada masa sama, PMO memberitahu, Anwar menyambut baik pelantikan semula Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar sebagai Ahli Dewan Negara.
Katanya, pelantikan ini membolehkan mereka meneruskan tugasan mustahak demi kesinambungan dasar, tatakelola dan agenda reformasi negara selaras dengan gagasan Malaysia MADANI.
Terdahulu, ketiga-tiga mereka yang juga menteri Kabinet mengangkat sumpah bagi penggal kedua sebagai senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, hari ini.
Pelantikan semula itu membolehkan mereka meneruskan tugas dalam Jemaah Menteri.
Untuk rekod, ketiga-tiga mereka mengangkat sumpah bagi penggal pertama pada Disember 2022.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

