Tip Masak Ikan Bakar Sedap

Dari Penulis

Ikan bakar memang sedap, naknya pula dicicah dengan sambal kicap marbeles..! Pekena pulak dengan nasi panas-panas. Fuhhh..! Memang terbaik. Tapi nak masak ikan bakar ini ada caranya. Tak boleh main bakar aje. SAJI kongsikan tip masak ikan bakar sedap, semoga bermanfaat untuk semua.

Petua Masak Ikan Bakar

  1. Ikan
    Pilih ikan segar kerana rasanya lebih manis dan tidak berbau hanyir.
  2. Cuci Ikan Dengan Bersih
    Rendam ikan dengan asam limau, lemon atau pun tepung selama 30 minit. Kemudian bilas bersih ikan dan tuskan sebelum diperap.
  3. Teknik Potong Ikan
    Teknik pemotongan ikan sangat penting dalam menghasilkan ikan bakar yang sedap. Belah ikan menjadi dua bahagian, potongan seperti ini membantu ikan menyerap perapan dengan lebih baik dan mudah untuk dimasak.
  4. Perapan
    Terdapat pelbagai pes perapan ikan yang ada di pasaran atau jika suka buat sahaja pes sendiri. Petuanya perap sekurang-kurangnya 1 jam atau semalaman agar perapan sebati dan meresap.
  5. Teknik Bakar
    Pelbagai jenis teknik bakar yang ada menggunakan arang, tempurung kelapa, sabut kelapa, kayu api, ketuhar dan airfryer. Sudah semestinya rasa ikan berbeza-beza. Balut ikan dengan daun pisang. Daun pisang membantu melindungi kulit ikan daripada terbakar dan mengeluarkan bau yang wangi.
  6. Tempoh masak
    Ikan sangat mudah dan cepat masak. Jangan masak terlalu lama akan menyebabkan isi ikan menjadi kering dan hancur. Cukup dibakar dalam tempoh 20 minit sahaja.
  7. Sos pencicah
    Sos pencicah paling enak, sambal kicap dan air asam. Nak lagi sedap, tambahkan hirisan bunga kantan. Mantap rasanya!

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lebih daripada sekadar roti canai: Fatihah Frozen ajak pengguna teroka kreativiti kulinari

BERBEKALKAN azam untuk memartabatkan resipi warisan keluarga, Ketua Pegawai Eksekutif Fatihah Frozen Food Sdn Bhd, Hazirah Che Hasim terus...

More Articles Like This