Zaki Yamani kesal namanya dituduh berkaitan hal politik, “Kepada Pak Cik Zaki Yamani, awak dah buat saya kena marah dan huru-hara…”

Dari Penulis

KECOH di media sosial mengenai penyanyi, Zaki Yamani yang menyangkal dakwaan bukan dirinya yang membuat ciapan di Twitter mengenai perkara negatif berkaitan politik.

Ujar anak kepada penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdullah, dia tampil membuat penjelasan dengan memuat naik tangkap layar nasihat daripada bapanya supaya tidak mencampuri urusan politik.

Tambahnya, dia turut kesal akibat menjadi mangsa salah faham beberapa pihak berkaitan isu politik malah turut ditegur oleh bapanya.

“Kepada Pakcik Zaki Yamani, awak dah buat saya kena marah dan huru-harakan nama saya hari ini. Siapa nak jawab bila ayah saya dah ‘sound’ (marah) ni?” luahnya di Instagram miliknya.

Baru-baru ini, ciapan tersebut telah tersebar di Twitter sehingga menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berang malah menegur tindakan pengguna yang bernama ‘Zaki Yamani’ itu menyentuh isu berkaitan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang kini dirawat di hospital.

Entri tersebut berkaitan dengan meminta agar Allah mengambil nyawa Hadi dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Susulan itu, kenyataan Perdana Menteri ke-10 di Twitter yang menggesa ‘Zaki Yamani’ untuk membuat permohonan maaf mendapat perhatian para media telah menimbulkan salah faham pelbagai pihak.

Untuk info, individu yang bernama ‘Zaki’ itu merupakan pembantu kepada Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hael Husaini, Akim Ahmad & Aisha Retno barisi panel juri Big Stage musim ke-7!

INDUSTRI hiburan tempatan dijangka menerima satu lagi gelombang kebangkitan apabila program realiti nyanyian paling fenomena, Big Stage, kini kembali...

More Articles Like This