KXP: Perlu bukti kemampanan kewangan jangka panjang

Dari Penulis

PERANCANGAN kerajaan negeri Kedah untuk melaksanakan Projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) perlu dibuktikan bahawa projek itu memiliki kemampanan kewangan dalam jangka masa panjang.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata kemampanan kewangan daripada pelaburan swasta dalam melaksanakan projek KXP itu satu keperluan yang mesti diambil kira bagi memastikan pembangunannya tidak terbengkalai sekali gus tidak memerlukan tanggungan kerajaan.

“Kita perlu pastikan setiap benda yang kita buat itu mempunyai kemampanan kewangan (supaya) tidak jadi beban pada masa depan. Jadi, tumpuan saya ialah memastikan projek ini dapat berfungsi secara swasta dengan baik tanpa memerlukan tanggungan kerajaan, baik kerajaan negeri mahupun Pusat di masa akan datang.

“Mana-mana projek yang ada kemampanan kewangan dan membawa hasil kepada rakyat pasti tidak akan ada masalah bagi mana-mana kerajaan, yang kita bimbang jika projek itu nampak okay di mata kasar tetapi bila kita lihat secara terperinci, kita ada kebimbangan dari segi kemampanan kewangan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Baca artikel berkaitan: Anwar sangkal dakwaan tidak mahu bina KXP

Terdahulu, beliau menghadiri Sesi Libat Urus dan Roadshow bagi Penyediaan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) 2021 hingga 2025, yang turut dihadiri Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Muhammad Sanusi sebelum ini dilaporkan sebagai berkata Kedah berharap kerajaan Persekutuan memberikan pertimbangan untuk membenarkan pelaksanaan projek KXP.

Dalam pada itu, mengenai pembangunan industri sawah padi di Kedah, Rafizi usaha mengupayakan petani beralih kepada penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun menjadi antara keutamaan kerajaan Persekutuan.

“Peruntukan diperlukan bagi memastikan industri sawah padi di Kedah boleh beralih kepada lima musim tanaman (dalam tempoh) dua tahun. Petani tidak boleh buat sendiri, ia perlukan pengairan, infrastruktur, itu perlukan peruntukan (kerajaan),” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This