“Kerja sampai akaun bank macam nombor telefon,” – Teacher Watie diiktiraf Muslim pertama di dunia bergelar Royal Crown Diamond, jana pendapatan enam angka sebulan

Dari Penulis

Walaupun baru lima tahun penglibatan bersama Young Living, Norhidawati Abdul Aziz mengharumkan nama Malaysia apabila mendapat pengiktirafan antarabangsa menerusi penganugerahan Royal Crown Diamond oleh syarikat peneraju dalam minyak pati dan penyelesaian kesejahteraan antarabangsa, Young Living.

Norhidawati yang mesra disapa Teacher Watie turut melakar sejarah muncul Muslim pertama di dunia yang mendapat anugerah tertingggi apabila berjaya mengekalkan jualan sebanyak RM6.3 juta sebulan sejak Mei 2020 sehingga kini dengan memiliki 30,000 rangkaian ahli di bawahnya.

Meskipun menjadi organisasi terkuat di Malaysia, namun Teacher Watie berpegang teguh dengan prinsip low profile. Ulasnya tidak perlu menjadi terkenal dengan pelbagai cerita negatif, sebaliknya dia mahu menyumbang kembali kepada masyarakat dengan menyediakan sistem sokongan untuk emosi dan mental.

“Walaupun menjadi wanita Muslim pertama yang mendapat penganugerahan Royal Crown Diamond di dunia, namun saya lebih suka bekerja di belakang tabir. Masyarakat tidak akan mendengar cerita viral mengenai saya kerana itu bukan saya.

“Saya berjaya buktikan kita mampu berjaya sejauhnya, kaya semahunya namun kita masih berpijak di bumi yang nyata. Tak perlu nak tunjukkan kemewahan atau duit berkepuk-kepuk untuk buatkan orang percaya dan mahu sertai kita. Itu bukan cara saya kembangkan perniagaan. Saya mahu sediakan sistem sokongan buat mereka yang memerlukannya daripada segi emosi dan kesihatan mental,” ulasnya yang sebelum ini merupakan Pengetua dan Pengasas Genius Baby on Board, sebuah pusat pendidikan awal kanak-kanak yang terletak di Puchong, Selangor.

Malah kepetahannya berbicara memudahkan Norhidawati memberi khidmat nasihat buat mereka yang memerlukan.

“Sewaktu di Genius Baby On Board, saya banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada ibu bapa akan perkembangan anak-anak. Dan apabila bersama Young Living, saya turut melakukan perkara yang sama. Bezanya semakin banyak saya memberi konsultasi, semakin banyak pendapatan masuk.

“Saya pernah melihat satu poster bertulis ‘Work until your bank account looks like phone number’. Dan kata-kata ini terus tertanam dalam minda dan saya benar-benar kejarkan matlamat itu. Alhamdulillah ia tercapai dengan Young Living,” kongsinya lagi.

Wanita petah berbicara ini merupakan Pengarah Urusan, Oilylicious Healthcare Sdn. Bhd. juga membuktikan kemampuan luar biasa apabila syarikatnya menjadi penyumbang utama sebanyak 70 peratus daripada jualan keseluruhan di Young Living negara ini sebanyak RM158 juta sejak 2014.

Ibu kepada lima anak itu menyertai syarikat berpengkalan di Amerika Syarikat itu pada 2014 dan pernah mencatat jualan tertinggi adalah sebanyak RM35 juta sebulan yang diraihnya ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

“Saya bersyukur dengan penganugerahan dan tidak menyangka akan menjadi Muslim pertama di dunia dinobatkan anugerah tertinggi di sebuah syarikat antabangsa.

“Namun sesuatu kejayaan itu tidak akan datang bergolek kerana setiap impian atau kejayaan itu terhasil daripada kerja keras dan konsisten terhadap apa yang kita lakukan setiap hari.

“Walaupun pada awalnya saya menyertai Young Living ini sebagai pengguna untuk membantu anak sulung saya yang mempunyai simptom Autism (ASD) dan  menambah keyakinan anak kedua saya yang lahir dengan kondisi yang di namakan Symbrachydactyly di tangan kanannya, saya tidak menyangka ia telah merubah kehidupan saya 360 darjah apabila saya konsisten berkongsi tentang kebaikan produk ini hingga mampu mempunyai rangkaian di seluruh dunia seterusnya meraih pendapatan sebanyak enam angka sebulan.” katanya.

Mengulas lanjut, Norhidawati memberitahu, Oilylicious Healthcare menyasarkan melahirkan lebih ramai jutawan menerusi syarikat itu menjelang akhir tahun ini.

Beliau berkata, rahsia kejayaan  menjadi usahawan berjaya apabila menceburi sesuatu bisnes dengan memiliki pendidikan dan ilmu pengetahuan yang perlu dicari sepanjang masa untuk  digunakan ketika bertemu orang ramai.

“Tiga kunci utama yang wajib ada ialah syarikat yang kukuh dan stabil, produk berkualiti yang unik dan sukar ditemui serta pasukan yang kuat, konsisten serta saling menyokong antara satu sama lain.

“Misi saya adalah untuk melihat Oilylicious menjadi sebuah syarikat tempatan yang berdaya saing dan dikenali sebagai sebuah syarikat yang melahirkan ramai usahawan berjaya dalam penjagaan kesihatan komplementari khususnya aromaterapi ini di dunia,” katanya.

Sementara itu, Young Living ditubuhkan pada 1993 oleh Gary Young membangunkan operasi pertanian dan penyulingan herba organiknya yang pertama di dunia menemui keberkesanan minyak pati yang menakjubkan.

Memandangkan potensi besar bisnes itu, Gary membangunkan lebih banyak tanah ladang di Utah dan Idaho serta membina kilang penyulingan yang paling besar dan canggih dari segi teknologi bagi pengeluaran minyak pati di Amerika Utara.

Hari ini, Young Living telah berkembang menjadi peneraju dalam minyak pati dan penyelesaian kesejahteraan yang beribu pejabat di Lehi, Utah, Amerika Syarikat dan mempunyai pejabat seluruh dunia, antaranya di Australia, Eropah, Kanada, Jepun dan Singapura serta lebih dari 22 ladang di seluruh dunia.

Di Asia Pasific, Young Living memiliki ladang di Filipina, Taiwan dan yang terbaru di Okinawa, Jepun.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Permintaan emas meningkat, KESS sasar 30 cawangan baharu tahun ini!

KEDAI Emas Sri Semantan Sdn Bhd (KESS), jenama yang gah dengan jolokan 'Soorga Emas Preloved', terus mengorak langkah agresif...

More Articles Like This