SEORANG anggota Tentera Nasional Indonesia dari Unit Komando Pasukan Gerak Cepat (Kopasgat) cedera selepas payung terjunnya gagal mengembang ketika melakukan latihan.
Memetik laporan Detik.com, anggota tentera daripada Batalion Komando 466 Kopasgat itu terjatuh di Turikale, Maros dekat Sulawesi Selatan hari ini.
Ketua Penerangan Akademi Angkatan Udara Lanud Sultan Hasanuddin, Mejar Sendang Arum Mahardani mengesahkan mangsa dalam keadaan selamat dan mengalami kecederaan ringan.
“Mangsa kini dalam keadaan baik meskipun terkehel pada lengan kiri,” ujarnya.
Sendang berkata, aksi payung terjun yang dilakukan anggota terbabit adalah sebahagian daripada latihan rutin Kopatgas 466.
“Bagaimanapun, ketika latihan dibuat, payung terjun tidak mengembang sempurna kerana angin yang tidak stabil.
“Mohon doakan mangsa segera sembuh,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

