Kecoh anak kambing ‘cyclops’ Cirebon dikaitkan kemunculan dajal

Dari Penulis

KECOH apabila seekor anak kambing bermata satu dilahirkan di Cirebon, Jawa Barat sehingga ada yang mengaitkan kejadian aneh itu dengan kemunculan dajal.

Memetik laporan Batu Times, anak kambing berbulu putih itu dilahirkan dengan bentuk muka yang tidak normal bermata satu, tiada hidung, bermulut lebar.

Bagaimanapun ia memiliki badan seekor kambing normal.

Menerusi video yang tular di laman sosial, dapat dilihat seorang lelaki membersihkan tubuh anak kambing yang dilahirkan.

Video itu dimuat naik pada Sabtu lalu sebelum ia tular hari ini.

Malah dapat didengari juga suara lelaki yang memberitahu bahawa kelahiran anak kambing bermata satu itu adalah benar dan bukanlah satu suntingan video.

Perakam video juga sempat menjelaskan bahawa kambing itu diberi nama Cirebo sempena tempat kelahirannya dan kini berada dalam keadaan yang sihat.

Fenomena itu telah mendapat perhatian netizen dan ada yang mengaitkan dengan kedatangan dajal.

Tangkap layar komen memaparkan netizen mengaitkan kelahiran anak kambing bermata satu dengan kemunculan dajal.

Bagaimanapun, seorang doktor veterinar yang berkhidmat dalam Pasukan Haiwan Sibolangit Sumatera Utara menjelaskan kejadian tersebut adalah normal apabila berlaku ganguan genetik daripada induk haiwan itu.

“Contohnya kambing ini mempunyai anak jantan dan dewasa, apabila penternak tidak dapat mengawalnya ia boleh menyebabkan berlaku gangguan genetik.

“Selain faktor genetik, pengambilan nutrisi turut mempengaruhi kecacatan pada ternakan.

“Boleh jadi terdapat kekurangan protein dan mineral sehingga menyebabkan berlaku pembentukan badan kambing yang tidak sempurna,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kesejahteraan anggota, veteran ATM antara teras PSPN 2026-2030

KEMENTERIAN Pertahanan akan terus meletakkan kesejahteraan anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai tonggak utama dalam perancangan pertahanan...

More Articles Like This