SEORANG penunggang motosikal berkuasa tinggi maut dalam kemalangan di Kilometer 133, Jalan Johor Bahru-Seremban, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, kemalangan pada pukul 11 malam itu dipercayai berlaku apabila pemandu kereta Mercedes dalam perjalanan dari Chaah ke Segamat.
Sampai di lokasi kejadian, mangsa yang menunggang motosikal Kawasaki ZR1000 dari arah Segamat ke Yong Peng telah hilang kawalan secara tiba-tiba.
“Motosikal mangsa kemudian masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta Mercedes tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, mangsa seorang lelaki Cina berusia 36 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya, pemandu Mercedes seorang lelaki Cina berusia 25 tahun pula hanya mengalami kecederaan ringan.
Ahmad Zamry berkata, saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam satu kenyataan berkata, sepasukan sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Labis dikerahkan ke lokasi kejadian.
Bomba tiba di lokasi dan mendapati penunggang motosikal telah terbabas ke dalam parit dengan kedalaman 1.2 meter.
“Anggota bomba bertindak membawa naik mangsa yang berada di dalam parit ke bahu jalan.
“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia setelah diselamatkan dan mayat diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut,” kata kenyataan itu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

