TIGA lelaki ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kejadian memukul seekor anjing sampai mati menggunakan kayu di Kampung Telok Tempoyak, Batu Maung pada 8.38 malam kelmarin.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, suspek berusia 40 hingga 53 tahun itu ditahan di sekitar Batu Maung pada pukul 11.45 malam semalam hingga 1 pagi tadi.
“Suspek bekerja sebagai ejen kargo, nelayan dan pemandu bas telah direman selama tiga hari sehingga Rabu bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan saringan air kencing juga bebas dari dadah.
Kes disiasat di bawah Seksyen 29(1) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia.
Kok Chin berkata, tindakan tegas akan diambil kepada individu yang mendera atau memukul haiwan tanpa alasan munasabah.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

