[VIDEO] Syifa Melvin dedah bakal timang cahaya mata lelaki tapi reaksi Syida & Syatilla pula undang tawa netizen!

Dari Penulis

PELAKON dan pempengaruh, Syifa Melvin berkongsi berita gembira mengenai dirinya bakal menimang cahaya mata lelaki menerusi media sosialnya.

Menurut Instagram milik Syifa atau Nur Syifa Athirah Amirul Melvin, dia meluahkan rasa syukur atas kelancaran majlis kesyukuran dan pendedahan jantina bayi yang diadakan pada Ahad lalu.

Pelakon berusia 29 tahun itu kini sedang hamil tujuh bulan, dia memohon orang ramai mendoakan yang terbaik untuk dirinya dan bayi serta akui berasa teruja menunggu kelahiran anak sulungnya.

“Bismillahi Masya-Allah. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan meriah. Doakan anak ini sihat sempurna dan menjadi anak yang baik. Ibu tak sabar nak jumpa awak, sayang,” tulisnya beserta pelekat berbentuk hati.

Dalam pada itu, aksi spontan menerusi video yang dimuat naik oleh kakaknya juga pelakon, Syatilla Melvin, telah menimbulkan geli hati netizen.

Video tersebut memaparkan aksi Syatilla melompat ke arah adiknya, Syida Melvin sehingga mereka terjatuh ke atas lantai setelah mengetahui jantina bakal anak buahnya.

“Saya memang tak sangka akan terjadi, benda tak sedar kot,” selorohnya di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan gelagat adik-beradik itu sehingga timbul risau terhadap Syida

“Terkepak kaki kawan tu oi hahahahaha.

“Nasib baik tak lompat dekat Syida. Adoi. Hahahaha.

“Kalau tiba-tiba si Syida tu ‘freehair’, aku tak tau la hang Tilla oi. Hahahaha,” seloroh netizen di ruangan komen.

Untuk rekod, Syifa dan suaminya juga pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT) iaitu Safawi Rashid telah berkahwin pada 28 November lalu dalam sebuah majlis tertutup di Kuala Lumpur.

Terdahulu, pemain bola sepak berusia 26 tahun itu mengumumkan kehamilan isterinya setelah selesai perlawanan pasukan kebangsaan menentang Kepulauan Solomon pada Jun lalu.

@syaserra1 ALHAMDULLILAH SYUKUR Yang dua orang tu happy sangat nak dapat anak menakan? #syifamelvin #syatillamelvin #adikberadikthemelvin #kekasihhq #kekasihskin ♬ original sound – SyaSerra

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This