KEMENTERIAN Komunikasi dan Digital (KKD) sedang merangka satu program bagi memperingati jasa bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman sempena sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.
Menterinya, Fahmi Fadzil berkata program itu yang akan dilaksanakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur pada 2 Ogos ini, bertujuan mendidik generasi muda mengenai sumbangan negarawan itu dalam membangunkan negara ini.
“Ia bukan sekadar memperingati beliau tetapi jasa dan bakti beliau dalam usaha pembentukan sebuah negara bersama dengan tokoh besar tanah air dan ini kita harap jadi satu penghormatan kepada usaha Allahyarham Tun Dr Ismail agar generasi baharu tidak lupa bahawa negara kita ramai pejuang-pejuang yang telah berusaha,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu pada program Ruang Bicara bertajuk “Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023” terbitan Bernama TV malam tadi.
Baca artikel berkaitan: KKD ambil maklum, pantau isu 3R – Fahmi
Mengenai tema Bulan Kebangsaan tahun ini iaitu “Tekad Perpaduan Penuhi Harapan”, Fahmi berkata isu perpaduan dan kestabilan merupakan perkara yang amat penting untuk diketengahkan bagi melahirkan masyarakat yang bersatu hati.
“Kedua yang bagi saya penting frasa penuhi harapan ini merujuk kepada hasrat, iltizam, keinginan, dan kemahuan rakyat…kalau kita fikirkan dalam konteks kemerdekaan erti mewujudkan sebuah negara bangsa kita sebagai rakyat biasa ada peranan masing-masing untuk memenuhi harapan, apakah harapan pembentukan Malaysia itu,” katanya.
Pelbagai program menarik akan disajikan kepada rakyat sempena pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang di Bulatan Azlan Shah, Meru Raya, Ipoh, Perak, pada 16 Julai ini, diikuti Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos di Dataran Putrajaya manakala Sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept berlangsung di Kuching, Sarawak.
Selain itu, antara program yang akan dilaksanakan ialah Forum Perdana Ehwal Islam, 6600 Langkah Perpaduan, Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 dan Pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG 2023).
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

