SEORANG pekerja kilang papan wanita maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan Proton X70 di Kilometer 35 Jalan Kuala Terengganu-Bukit Besi, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Hasmerra Hassan berkata, mangsa yang dikenali sebagai Wan Nor Aziera Anisya Wan Mazlan, 20, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Beliau berkata, kemalangan pada pukul 8.10 pagi itu berlaku ketika pemandu X70 iaitu seorang guru wanita berusia 55 tahun dalam perjanan dari Sekolah Kebangsaan Binjai Kertas ke Sekolah Kebangsaan Tok Randok Ajil.
Sementara itu, mangsa dalam perjalanan dari Kampung Durian Kassim ke tempat kerja di Ajil.
“Sampai di lokasi kejadian, pemandu X70 telah membelok ke kanan untuk masuk ke kawasan sekolah, tetapi telah berlanggar dengan mangsa yang datang dari arah berlawanan secara tiba-tiba,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu bagi tujuan bedah siasat manakala pemandu X70 tidak mengalami sebarang kecederaan.
Katanya, kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan akibat kemalangan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

