SEORANG pekerja pasar raya ditahan selepas dipercayai mengugut seorang penghantar barang dalam satu kejadian di Jalan Pandan Cahaya 2/3, Ampang Jaya pada 15 Jun lalu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, dalam kejadian pukul 6.40 petang itu, pengadu berusia 31 tahun itu telah dimarahi suspek ketika memberhentikan kenderaan di kiri jalan.
Beliau berkata, suspek telah bertindak mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pengadu.
“Suspek juga telah mengangkat tangan seperti mahu menumbuk pengadu.
“Siasatan mendapati kejadian berpunca daripada suspek yang tidak berpuas hati terhadap pengadu yang memandu secara perlahan sebelum memberhentikan kereta di bahu kiri jalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, suspek seorang lelaki Melayu berusia 27 tahun ditahan di sebuah pasar raya dekat Ampang pada pukul 3.30 petang semalam.
Pemeriksan mendapati suspek negatif dadah dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau yang dikehendaki.
Suspek kini direman selama empat hari sehingga Sabtu dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

