Tipu tawaran kerja: 104 kertas siasatan dibuka libat kerugian RM1.23 juta

Dari Penulis

Sebanyak 104 kertas siasatan dibuka berhubung sindiket penipuan tawaran kerja melibatkan kerugian lebih RM1.23 juta bermula Januari hingga Jun lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supt M Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata modus operandi sindiket ini ialah menawarkan kerja sambilan dengan memberi pulangan komisen yang lumayan melalui aplikasi WhatsApp.

Beliau berkata mangsa diberi tugasan untuk dilaksanakan dan diminta membuat bayaran kepada suspek melalui keldai akaun. 

“Setelah bayaran dibuat, kononnya mangsa telah berjaya menyelesaikan tugasan yang diberi dan akan dibayar komisen seperti yang dijanjikan.

“Terperdaya dengan komisen yang diperoleh kali pertama, mangsa yakin dan meneruskan tugasan berikutnya dengan sejumlah bayaran yang lebih tinggi serta komisen yang tinggi. Mangsa mula sedar ditipu apabila bayaran komisen tidak diperoleh selain suspek gagal dihubungi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata berdasarkan modus operandi sindiket ini, pihak polis menyeru kepada masyarakat supaya lebih peka dan tidak terperdaya dengan pulangan yang lumayan dalam jangka masa yang singkat.

“Berhati-hati sekiranya menerima mesej bagi apa-apa tawaran. Semak dahulu kesahihan sebelum bertindak, elakkan daripada menjadi mangsa dunia tanpa sempadan ini,” katanya.

— BERNAMA

Wednesday, 12 July 2023

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel bersubsidi turun kepada RM2.10 seliter mulai Julai

BERITA baik buat orang ramai apabila Kerajaan MADANI bersetuju menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat kepada RM2.10 seliter mulai...

More Articles Like This