POLIS kini menyiasat kejadian tular langgar lari membabitkan dua buah kereta dan sebuah motosikal di Kilometer 284.6 Lebuhraya Utara Selatan dekat daerah Nilai, pagi kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintendan Mat Ghani Lateh berkata, pihaknya mengesan video kejadian pada petang semalam.
Beliau berkata, siasatan mendapati kemalangan pada pukul 7.15 pagi itu berlaku ketika penunggang motosikal berada di lorong kiri.
“Sebuah kereta Proton Persona datang dari arah belakang di lorong yang sama telah bertindak bergesel dengan motosikal lalu menyebabkan penunggang hilang kawalan dan bergesel dengan kereta Perodua Ativa,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, pemandu Persona tidak memberhentikan kenderaan selepas kemalangan dan terus beredar dari tempat kejadian.
Akibat kemalangan, penunggang motosikal cedera ringan di tangan serta kaki dan telah dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar bagi rawatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Kaedah 10 Kaedah-Kaedah Lalulintan 1959.
Mat Ghani berkata, orang ramai dinasihatkan tidak menimbulkan kekeliruan kerana siasatan lanjut masih diteruskan.
“Saksi kejadian dan perakam video diminta tampil ke balai polis atau menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Chandra Miqael Puang di talian 01110622659 bagi membantu siasatan,” ujarnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

