Gaji, kos sara hidup tak setara halang jadi ekonomi berpendapatan tinggi

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

GAJI yang tidak setara dengan kos sara hidup merupakan isu pokok yang menjadi penghalang kepada peralihan Malaysia ke arah ekonomi berpendapatan tinggi.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, kebergantungan kepada pekerja berkemahiran rendah adalah salah satu punca yang mengakibatkan gaji tidak seimbang dengan nilai hasil pekerja dalam ekonomi.

Menurut beliau, nisbah gaji pekerja Malaysia kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi tahun 2019 adalah sebanyak 35.9 peratus.

Rafizi berkata, jumlah tersebut adalah jauh lebih rendah daripada negara-negara maju lain seperti Jerman iaitu 59.4 peratus; United Kingdom (55.5 peratus); Australia (46.9 peratus) dan Korea Selatan (46.8 peratus).

“Kadar gaji penengah benar dan gaji kemasukan baharu telah merosot selepas pandemik dan kekal lebih rendah berbanding tahap sebelum pandemik.

“Mandat Kementerian Ekonomi adalah untuk menyelesaikan isu-isu struktur ekonomi yang boleh memperlahankan pertumbuhan ekonomi negara seperti ini.

“Pertumbuhan gaji merupakan antara fokus utama reformasi struktur untuk mencapai sasaran nisbah gaji pekerja negara, seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Presiden Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF), Syed Hussain Syed Husman menyuarakan kekecewaan terhadap kerjaan selepas tiada sebarang rancangan konkrit diambil untuk menambah baik ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat.

Baca artikel berkaitan: Malaysia azam kurangkan pelepasan, sedia pertumbuhan ekonomi rendah karbon – PM

Beliau dalam satu kenyataan berkata, tiada perancangan atau strategi yang diperkenalkan oleh Rafizi yang terkenal dengan kehebatan formulanya untuk meningkatkan taraf hidup negara dan rakyat.

Terdahulu, Rafizi mengumumkan rancangan kerajaan untuk melaksanakan model gaji progresif yang mungkin mendorong kepada kenaikan gaji tahunan secara mandatori.

Rafizi dilaporkan berharap sektor swasta turut komited membantu kerajaan merealisasikan Dasar Gaji Progresif bagi menangani kenaikan kos sara hidup.

Rafizi berkata, kementeriannya sedang bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia bagi merangka beberapa pilihan dasar untuk dibentangkan kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang akan membincangkan strategi terbaik ke hadapan untuk meningkatkan gaji rakyat.

Beliau berkata, butiran dan mekanisme dasar akhir akan diputuskan berdasarkan pertimbangan menyeluruh, termasuk kemampuan dan kesan kos kepada sektor swasta, pelaksanaan secara berperingkat (sequencing of implementation), dan persetujuan bersama tiga pihak (tripartite agreement) antara kerajaan, majikan, dan pekerja.

“Sesi libat urus dengan pemegang taruh utama iaitu kerajaan, majikan, dan pekerja juga akan diadakan untuk mendapatkan pandangan semua pihak.

“Sementara usaha-usaha membaiki struktur ekonomi yang lain diteruskan, Kementerian Ekonomi akan memberi penekanan kepada aspek kenaikan gaji pekerja yang adil kepada semua pihak,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This