SEORANG penunggang motosikal maut selepas dilanggar sebuah treler di Kilometer 11 Lebuhraya Elite, pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 10.18 pagi.
Beliau berkata, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Bomba tiba di lokasi dan mendapati pemandu motosikal Yamaha Lagenda telah terbabas dan jatuh ke tengah jalan.
“Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah treler tidak sempat mengelak dan melanggar mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, mangsa berusia 25 tahun itu telah disahkan meninggal dunia dan mayatnya diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

