POLIS akan memanggil pemilik kenderaan pelbagai guna (MPV) yang bertindak menggunakan lampu beacon/strobe tanpa kebenaran di Lebuhraya Baru Lembang Klang pada petang semalam bagi membantu siasatan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, pihaknya mengesan kejadian terbabit menerusi rakaman video tular pada malam tadi.
Beliau berkata, kejadian pada pukul 6.20 petang itu memaparkan aksi sebuah Toyota Alphard menggunakan lampu berkenaan tanpa kebenaran.
“Pemerhatian mendapati insiden itu tidak melibatkan kemalangan serta kecederaan kepada pengguna jalan raya lain.
“Pemilik Alphard akan dipanggil ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Petaling Jaya bagi siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.
Kes disiasat dibawah Kaedah 94, Kaedah-Kaedah Kereta Motor (Pembinaan dan Pengunaan) 1959 170/59.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Inspektor Mohamad Khairil Helmi di talian 019-3318339.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

