
PEMBENTANGAN Perdana Menteri dalam sesi libat urus Belanjawan 2024 hari ini ringkas. Saya tertarik dengan SLAID PERTAMA yang meletakkan kerangka utama Belanjawan 2024 ‘Memperkasa Ekonomi Madani’.
Dua serampang – Merancakkan Pertumbuhan Ekonomi dan Kesejahteraan Rakyat. Dua elemen ini MESTI difikir serentak. Belanjawan mesti memberi impak kepada rakyat.
Bagaimana merancakkan ekonomi negara -menjadi destinasi pelaburan global; mengukuhkan teras ekonomi berpaksi pengetahuan dan inovasi; meneraju ekonomi Islam dan menjaguhi perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) dan
Bagaimana manfaatnya dapat terus dikecapi rakyat-pendapatan tinggi dan bermaruah; kesaksamaan peluang; penyampaian perkhidmatan awam yang cekap dan keselamatan sosial.

Baca artikel berkaitan: Di sebalik penyusutan Ringgit: Apa peranan Putrajaya?
Hari ini dianggap ‘kick-off’ penyediaan Belanjawan 2024. Banyak wakil industri dan pelbagai organisasi memberi pandangan. Banyak lagi sesi libat urus yang tertumpu akan diadakan selepas ini.
Hari ini, untuk kick-off Belanjawan 2024, saya anggap berjaya. Perdana Menteri banyak mendengar dari bercakap.
Saya yakin wakil-wakil yang hadir merasa ‘selesa’ dan ada ‘cahaya’ dalam perancangan ekonomi negara.
Tahniah Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan. Ini pandangan saya. Moga negara kita terus maju untuk kita semua.
MINDA UKM: Bersama Membangunkan Negara.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

