Mat London meninggal dunia pada usia 74 tahun

Dari Penulis

PRESIDEN Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Dr Ahmad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mat London, 74, meninggal dunia sekitar pukul 5.57 pagi di Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini.

Berita sedih itu disahkan oleh anak Allahyarham, Salmany Akir Ahmad menerusi hantaran di Facebook.

“Sesudah laungan azan subuh… papa menghembuskan nafas terakhir di hening pagi yang masih sepi, pagi Jumaat,” tulisnya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) iaitu Hafiz Nafiah turut berkongsi mengenai perkara tersebut.

Mat London yang juga bekas suami kepada Datin Fadilah Mansor itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL sejak 13 Jun lalu ke ICU HKL akibat jangkitan kuman di paru-paru dan lemah jantung.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Taman Melawati Kuala Lumpur untuk disolatkan sebelum dikebumikan selepas solat Jumaat.

Mat London pernah mengarahkan filem antaranya Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa, Kelisa dan Kampung Pisang Berbuah Dua Kali.

Menerusi perkahwinannya dengan Fadilah pada 18 Oktober 1989, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Alia Farhani,32, dan Faeesal Aswad,29 tahun.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Kalaulah suami saya masih hidup”… Laila Nasir sebak terima menantu sulung

Tiada yang lebih menggembirakan pelakon senior Laila Nasir, 55, apabila selamat menerima menantu sulungnya pada 6 Jun Lalu dalam...

More Articles Like This