Dengan sekali lafaz, Cat Farish & Shikin Maembong sah suami dan isteri

Dari Penulis

DENGAN hanya sekali lafaz, penyanyi dan komposer Cat Farish sah bergelar suami kepada Shikin Maembong pada pukul 9.07 malam tadi.

Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli, 49, dan Shikin atau Siti Nur ‘Ashikin Ismail, 40, dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Ibnu Abbas Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur, Ustaz Mohd Shukri Shafie dengan berwalikan bapa pengantin perempuan, Ismail Maembong dalam majlis akad nikah di Asiana Grand Hall, Setapak.

Shikin menerima mas kahwin RM200 daripada Cat manakala wang hantaran di rahsiakan.

Pada majlis sama, pihak pengantin perempuan menyerahkan lima dulang hantaran dan berbalas tiga dulang daripada pihak pengantin lelaki.

Untuk rekod, Cat pernah mendirikan rumah tangga dengan Hartiny Ramli sebelum bercerai pada 2016. Menerusi perkahwinan itu, mereka memiliki tiga anak iaitu Nia Karlyssa, 15, Eva Latheefa, 13, dan Qul Iskandar, 12.

Kemudian Cat bernikah dengan Suriani Hassan, 37, pada November 2020. Bagaimanapun mahligai perkahwinan mereka tidak dapat bertahan lama apabila sah bercerai pada Januari lalu. Pasangan ini tidak dikurniakan anak.

Sementara itu, Shikin pula pernah mendirikan rumah tangga dengan Chef Riz yang juga anak kepada Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan pada 5 Disember 2014 sebelum bercerai pada Jun 2016.

Perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Arianna Natasya yang kini berusia lapan tahun.

Shikin pernah bergelar isteri kedua menerusi pernikahan keduannya pada 2020. Rumah tangganya gagal dan bercerai dua tahun kemudian.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Kalaulah suami saya masih hidup”… Laila Nasir sebak terima menantu sulung

Tiada yang lebih menggembirakan pelakon senior Laila Nasir, 55, apabila selamat menerima menantu sulungnya pada 6 Jun Lalu dalam...

More Articles Like This