Lebih 42,000 pelajar akan terima Wang Pendahuluan Pinjaman PTPTN

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SERAMAI 42,946 pelajar yang telah berjaya melanjutkan pengajian peringkat diploma bagi kemasukan sesi Julai akan menerima Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

PTPTN dalam kenyataan hari ini memaklumkan WPP berjumlah RM1,500 seorang itu diberikan kepada setiap pelajar yang layak untuk menampung sebahagian perbelanjaan bagi persiapan awal memasuki institusi pendidikan tinggi awam (IPTA).

Untuk tujuan itu, PTPTN berkata telah menyediakan peruntukan berjumlah RM64.42 juta Wang Pendahuluan Pinjaman itu.

Katanya, WPP itu diberikan kepada pelajar warganegara Malaysia yang telah memberikan persetujuan semasa memohon melalui UPUOnline atau melalui portal kemasukan IPTA; ibu bapa atau penjaga yang merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) serta memenuhi kriteria yang ditetapkan.

“PTPTN sebagai agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa berusaha membantu ibu bapa dan pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke IPTA sekali gus komited memastikan tiada pelajar yang tercicir ke IPTA kerana masalah kewangan.

“Sejak WPP diperkenalkan pada tahun 1999, seramai 969,046 pelajar telah menerima manfaat ini dengan peruntukan berjumlah RM1.43 bilion,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Penangguhan bayaran, diskaun pinjaman PTPTN dalam tempoh terdekat

Mengulas lanjut, PTPTN memaklumkan, pelajar boleh membuat semakan tawaran WPP melalui portal rasmi PTPTN dan boleh menunaikannya di kaunter Bank Islam seluruh negara mulai 18 Julai.

Menurut PTPTN, pelajar boleh membawa surat tawaran WPP serta MyKad dengan tempoh sah laku WPP adalah selama dua bulan sehingga 18 September.

PTPTN memberitahu, pelajar boleh membuat permohonan pinjaman PTPTN secara dalam talian melalui portal rasmi mengikut tarikh permohonan ditetapkan setiap IPTA untuk memastikan pinjaman dapat diproses dan diluluskan sewajarnya.

“Pelajar yang ingin memohon pinjaman PTPTN perlu mempunyai akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

“Pelajar boleh merujuk kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar IPT masing-masing atau terus menghubungi PTPTN sekiranya terdapat sebarang pertanyaan.

“Maklumat lanjut berkenaan WPP dan pinjaman PTPTN boleh diperolehi melalui portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my.

“Pelajar juga boleh mendapatkan maklumat dengan cepat, mudah dan selamat melalui aplikasi myPTPTN,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This