PTPTN: Bayaran balik meningkat susulan kuat kuasa sekatan perjalanan tahun depan

Dari Penulis

BERLAKU peningkatan dalam bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) susulan pengumuman larangan perjalanan ke luar negara bagi peminjam yang gagal melunaskan hutang dalam Belanjawan 2026.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, peningkatan itu memberi kesan positif terhadap hasil kutipan PTPTN walaupun tidak menyatakan jumlah dikutip atau peningkatan yang berlaku setakat ini.

“Peningkatan bayaran balik ini membantu dari segi hasil yang dikutip, namun yang lebih penting adalah pendekatan kita tahun hadapan.

“Pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2026 itu untuk memastikan sistem PTPTN kekal mampan dan adil,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Anugerah Akademik Negara Ke-16 (AAN16) di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan kerajaan akan mengenakan sekatan perjalanan ke luar negara kepada peminjam PTPTN yang mampu bayar dan bekerja di luar negara, tetapi culas membuat bayaran balik mulai tahun hadapan.

Perkara itu diumum oleh Perdana Menteri dalam Belanjawan 2026 pada 10 Oktober lalu.

Baca artikel lain: 12 kereta terjejas akibat tanah runtuh skala sederhana di Paya Terubong

Mengulas mengenai punca ramai peminjam masih gagal membuat bayaran balik, Zambry menjelaskan peminjam boleh dibahagikan kepada beberapa kategori.

“Ada yang memang tidak mahu membayar sejak hari pertama, walaupun sudah bekerja dengan pendapatan tinggi. Mereka ini boleh dikategorikan sebagai peminjam tegar.

“Namun, ada juga yang baru bekerja satu atau dua tahun dan belum mempunyai kemampuan kewangan untuk membayar balik. Sebab itu kerajaan mengambil pendekatan yang lebih berperikemanusiaan,” katanya.

Dalam pada itu, Zambry menegaskan, peminjam yang menghadapi kesukaran kewangan diminta tampil memaklumkan kepada PTPTN supaya jadual bayaran semula dapat disusun semula mengikut kemampuan masing-masing.

“Kita tidak mahu menganiaya mana-mana pihak. PTPTN juga perlu ada sifat kemanusiaan dalam menilai kemampuan peminjam. Apa yang penting, mereka yang benar-benar tidak mampu perlu dibantu dengan penjadualan semula,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan kekal iktiraf kedudukan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

KERAJAAN Persekutuan kekal mengiktiraf kedudukan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah. Mengulas mengenai perkembangan...

More Articles Like This