DJ Lin hargai undian peminat, setia sokong kerjaya sejak 17 tahun lalu

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

FINALIS penyampai radio popular, DJ Lin melahirkan rasa penghargaan buat semua peminat yang berhabisan mengundi dirinya sehingga ke saat akhir lewat malam tadi.

Penyampai rancangan popular Suria Cinta di Suria FM itu berkata, dia hilang kata-kata dan terharu dengan sokongan berterusan sejak nama dicalonkan dalam persaingan Anugerah Bintang Popular ke-35 (ABPBH35).

“Setiap hari ada saja yang beritahu mereka undi saya dan menyatakan sokongan terutamanya peminat Suria Cinta.

“Saya bertuah dengan rezeki kasih sayang yang sentiasa ada daripada peminat sejak 17 tahun lalu,” katanya dalam misi mempertahankan anugerah kategori penyampai radio popular untuk kali kelima tahun ini.

DJ Lin turut berterima kasih kepada keluarga dan insan-insan kesayangan yang sentiasa mendoakan dan berusaha membantu dirinya dalam menjayakan kempen sepanjang proses undian berjalan.

Pemilik nama sebenar Roslinda Abd Majid,47, yang juga Pengurus Besar Suria FM berkata, dia percaya restu dan doa arwah ibunya juga antara faktor kejayaannya pada hari ini.

Bukan sahaja popular, DJ Lin juga pernah dinobatkan sebagai penyampai radio terbaik dan dipercayai, dari pengiktirafan tempatan juga antarabangsa.

“Saya percaya restu ibu dan keikhlasan dalam melakukan kerja akan sentiasa membuahkan hasil tanpa terlalu megharapkan balasan.

“Saya juga yakin keputusan berhijab membuka banyak lembaran baharu dan pintu rezeki buat saya, Alhamdulillah,” katanya.

DJ Lin juga menyerahkan segalanya kepada rezeki dan gembira kerana masih berada dalam Top 5 pencalonan anugerah berkenaan bersama Tyzo, Haiza, DJ Sonic dan Johan.

“Ada yang minta saya beri laluan, pada saya semua ini hadiah peminat dan mereka yang memilih dan menyokong saya.

“Tidak manis untuk saya hampakan, pada saya bersaing secara sihat dan sama-sama memeriahkan industri penyiaran negara.

“Lagipun negara kita tidak ada banyak penganugerahan jadi wajar untuk kita semua sokong serta raikan,” katanya.

Pada masa sama, DJ Lin juga berkongsi berita gembira segmen Suria Cinta kelolaannya berjaya mendapat tajaan produk ternama.

Dia berkata, Suria Cinta dibawakan oleh Narqes sejak bulan ini.

Sejak 24 tahun bergelar penyampai radio, anak kelahiran Johor ini sudah mendapat 13 anugerah yang menghargai kerjayanya itu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lovebites pilih Kuala Lumpur sebagai destinasi siri jelajah dunia Outstanding Tour

SELEPAS hampir sedekad membina pengaruh besar sebagai antara kumpulan heavy metal wanita paling berprestij di dunia, impian peminat tegar...

More Articles Like This