Style habis. ‘This Is Johan Live In Concert’ penuh gaya

Dari Penulis

Selepas 15 tahun dalam industri, penyanyi hiphop popular, Joe Flizzow tampil penuh gaya dengan ‘This Is Johan Live In Concert’.

Tirai persembahan dimulakan dengan lagu Iller-Iller, Bergerak, All Around My World, Island Gir, Running, Do It, Duit dan banyak lagi.

Diiringi oleh 16 pemuzik dan tiga suara latar dengan arahan pengarah muzik, Marques Young, Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak mendendangkan 36 buah lagu bersama dua karya baharu buat santapan halwa telinga.

Bagi mengubati kerinduan kepada peminat Too Phat, Joe turut mengimbau kenangan dengan lagu-lagu popular seperti Alhamdulillah, Dua Dunia, Anak Ayam, Ala Canggung, 2Phat Baby dan Jezzebelle.

Berlangsung di JioSpace, Petaling Jaya, “This Is Johan Live In Concert’ dihadiri oleh 1500 peminat dan  dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Demi masa depan, Kim K ketepikan ego, sanggup beratur panjang uji bakat Suria Records

SEMANGAT kental peserta program realiti Talk To My Manager musim kedua, Kim K dalam mengejar impian sebagai anak seni...

More Articles Like This