Sanusi mahu saman Saifuddin Nasution keluar kenyataan berniat jahat

Dari Penulis

TINDAKAN undang-undang akan diambil terhadap Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung isu dana Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) dan kecurian unsur nadir bumi (REE).

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kenyataan Menteri Dalam Negeri itu tidak benar kerana bersifat mengelirukan, berniat jahat untuk memfitnah dan bermotifkan politik.

Jelasnya, Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah bukan dikompaun atas kesalahan mencuri mineral, sebaliknya disebabkan agensi terbabit adalah pemegang permit ladang hutan di kawasan yang berlaku kecurian.

“Satu permit penggunaan telah dikeluarkan atas nama MBI yang melantik satu syarikat usaha sama untuk membangunkan ladang hutan, bukan syarikat tersebut yang dikompaun.

“Yang dikompaun adalah pihak ketiga yang menceroboh dan melakukan kegiatan mencuri (REE). Dalam dokumen Pejabat Tanah dan Galian (PTG) terdapat nama individu yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 426 Kanun Tanah Negara 1965.

“Untuk tuduhan yang tidak benar ini saya telah mengarahkan pegawai saya untuk membuat laporan polis dan tindakan undang-undang akan diambil berdasarkan peruntukan undang-undang, tak kira menteri tak menteri, saya akan saman.

“Tapi menuduh saya mencuri itu ‘clear cut’, saya akan mengambil tindakan undang-undang,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Geran Tanah, hari ini.

Baca artikel lain: 3R: Siasatan hampir selesai – KPN

Muhammad Sanusi berkata, demikian bagi mengulas dakwaan Saifuddin yang menyatakan beliau dikompaun RM500,000 kerana kesalahan mencuri REE.

Semalam, Saifuddin dalam ceramah di Guar Chempedak, Gurun, berkata denda itu dikeluarkan tahun lalu oleh PTG Kedah ke atas Muhammad Sanusi atas kapasiti beliau sebagai Pengerusi MBI Kedah.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, beliau mempunyai dokumen lengkap mengenai kesemua isu berkenaan dan menasihatkan Saifuddin tidak mencampuri urusan kementerian lain.

“Kita kerajaan negeri bukan pejabat di tepi ayaq acaq (air lumpur/sisa). Dia Kementerian Dalam Negeri (KDN) nak buat kerja Kementerian Sumber Asli pula, jaga KDN lagi banyak isu.

“Saya sudah terangkan isu ini dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum ini dan saya juga tak pernah terima surat saman atau kompaun, dia sebut saya disaman bukan lagi untuk (modal) berkempen tetapi mempamerkan kejahatannya.

“Saya ingat maklumat itu dia curi sebab separuh masak bagi tujuan mengenakan kita dengan jalan yang salah. Menteri KDN tak boleh buat kerja begitu, buatlah kerja ikut saluran undang-undang ada agensi dan jabatan. Jangan curi maklumat kerajaan pi sebut dalam ceramah,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This