Sanusi jadi sasaran politik kotor – Ahmad Yahaya

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PAS Kedah mendakwa Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang dihadapkan ke mahkamah hari ini menjadi sasaran politik kotor sebahagian pihak berkepentingan.

Sehubungan itu, Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Ahmad Yahaya meluahkan keyakinan bahawa pendakwaan yang dilakukan hari ini adalah proses bagi membersihkan nama baik Muhammad Sanusi.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Ahmad Yahaya

Menurut Ahmad, segala ruang dan peluang didakwa dieksploitasi semahunya segelintir pihak bagi memastikan perjuangan Muhammad Sanusi dan PN dipadam daripada pentas politik.

Malah, beliau turut mendakwa situasi politik negara kelihatan semakin meruncing dengan tindakan sebahagian pimpinan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) yang tidak henti-henti menyerang Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah.

Ahmad menegaskan, Pas Kedah turut kekal dengan prinsip mempertahankan Muhammad Sanusi.

“Tidak cukup dengan serangan peribadi dalam isu banglo, akaun media sosial beliau disekat bahkan pelbagai siri rangkaian fitnah dicipta bagi memastikan karakter Sanusi dibenamkan.

“Pas Kedah ingin bertegas bahawa apa yang sedang berlaku ini adalah pendakwaan terpilih yang dilakukan di bawah Kerajaan Madani ala diktator.

Baca artikel berkaitan: Guna Akta Hasutan kerana Sanusi sentuh institusi diraja – PM

“Sedangkan beberapa tokoh parti PH-BN sendiri pernah menghina para Sultan dengan tohmahan yang lebih dahsyat.

“Malangnya, hari ini mereka masih bebas bersuara. Kesalahan yang dilakukan itu belum terpadam daripada ingatan rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut mempersoal sama ada kerajaan akan membawa wacana politik kotor di sebalik pelbagai slogan kebebasan dan demokrasi yang dilaungkan sebelum ini.

Beliau berkata, perkara itu merupakan pembohongan terbesar PH-BN kepada rakyat Malaysia.

“Suatu ketika mereka mahu menghapuskan akta-akta yang mereka anggap sebagai ‘akta zalim’ termasuk Akta Hasutan.

“Hari ini akta tersebut digunakan untuk menjatuhkan lawan politik.

“Apa lagi kalau bukan ia hanyalah hipokrasi perjuangan PH-BN yang semakin luput sokongan rakyat saban hari,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Proton S70, pembiayaan fleksibel pacu transformasi industri teksi negara – Loke

KERAJAAN memperkenalkan pendekatan baharu bagi mentransformasikan industri teksi negara menerusi penggunaan Proton S70 sebagai teksi generasi baharu, penyediaan pakej...

More Articles Like This