Bukan salah kaki yang berjalan, tapi salah si pemakai kurang cakna akan keserasian kasut dengan kaki. Malah ada yang ‘main sarung’ je asalkan nampak cantik walau bila melangkah, seksanya hanya tuhan yang tahu.
Selain memilih saiz dan bentuk kasut, perkara utama yang harus menjadi keutamaan pemakai ialah insole. Apabila banyak bergerak, tapak kaki antara yang menjadi fokus utama. Jadi tentulah bahagian itu yang harus diberi perhatian, betul tak?
Pemakaian insole yang bersesuaian dengan kaki dapat membantu mengurangkan keletihan otot, memperbaiki postur tubuh serta menyelaraskan semula kaki. Dan atas sebab itu, jenama kasut tempatan, Larrie mengambil inisiatif menawarkan penjagaan tapak kaki dengan menyediakan insole yang selesa dalam setiap rekaan kasutnya.
Menurut Lenson Chong, Ketua Pengarah Pemasaran Larrie Corporation (M) Sdn Bhd, setiap insole kasut Larrie yang direka adalah melepasi ujian makmal yang ditetapkan. Malah Larrie turut menjual insole kasut lelaki dan wanita secara berasingan untuk memudahkan pemakai.
“Insole Larrie direka khas untuk menjaga tiga poin penting iaitu untuk menyokong tumit, tapak kaki dan bahagian jari. Malah ia juga direka dengan antibakteria bagi mengurangkan bau tidak menyenangkan pada bahagian kaki. Jadi tidak perlu risau kaki berpeluh atau berbau.
“Malah insole ini juga boleh dicuci mengikut keperluan pemakai dan mampu bertahan antara enam bulan hingga satu tahun,” jelasnya ketika ditemui.
Katanya lagi, semua barisan kasut Larrie menggunakan insole yang direka khas bagi memberi jaminan keselesaan pada harga yang mampu milik.
“Terdapat pelbagai jenis kasut yang ada di Larrie antaranya kasut sukan, kasut untuk beriadah, malah kasut wanita bertumit juga ada di sini. Dan semua keluaran terbaharu terdapat fungsi antibakteria dan tentulah insole Larrie,” ulasnya kepada Wanita.
Untuk lelaki, Larrie memperkenalkan Rebound Foam Footbed yang direka dengan menggunakan kusyen yang lembut dan selesa serta tidak licin untuk memastikan pemakaian yang selesa dan berterusan. Ia mampu membantu membentuk kaki serta mengagihkan berat badan secara rata dan dapat mengurangkan tekanan semasa hentakan tumit.
Manakala untuk wanita pula, Larrie Women Extra Comfort Insole Arch Support Multi-Purpose Insole dapat membantu mengurangkan sakit kaki ketika aktiviti riadah. Malah sokong lengkung yang direka bersama insole ini juga dapat memberikan keseimbangan dan kestabilan kepada kaki.

