Larrie lancar koleksi kasual wanita aktif, LA+2cm inovasi baharu untuk lebih tinggi. Selesa untuk ampung berat badan

Dari Penulis

Bukan sekadar kasut biasa, jenama Larrie membina penanda aras baharu apabila melancarkan kasut kasual wanita, LA+2cm dengan inovasi penambahan ketinggian sebanyak 2cm bagi menonjolkan ketinggian kepada pengguna.

Menggabungkan keselesaan dan stail, koleksi baharu ini bukan sahaja berfungsi sebagai kasut kasual, namun ia memiliki ciri-ciri ampungan berat badan yang lebih ergonamik.

Pengarah Pemasaran LARRIE Corporation (M) Sdn Bhd., Lenson Chong berkata, koleksi LA+2cm ini memberi kelebihan buat wanita yang ingin kelihatan lebih tinggi dan dalam masa yang sama dapat menjaga kesihatan tapak kaki serta tulang belakang.

“Kasut LA+2cm ini diperbaharui dengan inovasi baharu agar wanita dapat tampil bergaya dengan lebih tinggi, malah ia cukup selesa dipakai kerana kami masih mengekalkan insole Larrie di dalamnya.

“Kasut ini juga bersifat anti-bakteria kerana teknologi yang kami tampilkan bersama rekaan terbaru, jadi pemakai tidak perlu risau masalah kaki berbau.

“Koleksi ini menampilkan 7 warna iaitu putih, hitam, ungu, hijau gelap, coklat khaki, kelabu dan maroon” katanya dalam majlis perasmian di cawangan LARRIE, Alamanda baru-baru ini.

Koleksi ini menampilkan material fabrik yang memudahkan udara masuk, sokongan bantal yang melengkung untuk tumit dengan kemasan tapak getah, tumit tersembunyi yang ditambah ketinggian lebih selesa. Disamping itu, reka bentuk yang selesa dipakai dan tapak luar yang ringan serta tidak mudah licin.

Dengan lapik dalam anti bakteria yang mengandungi 3 titik pemantulan yang mengurangkan kesan lonjakan serta permukaan yang lembut dan fleksibel ia adalah pilihan yang sesuai untuk aktiviti kasual dan bersukan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Bokitta Alamanda berwajah baharu, berkonsepkan ‘Premium Lifestyle’

BOKITTA, jenama tudung Muslimah premium sememangnya terkenal dengan rekaannya yang moden dengan ciri eksklusif yang bebas pin, selesa dan...

More Articles Like This