Tun Mahathir terdesak, dulu paling kejam terhadap PAS, kini duduk sepentas – Anwar

Dari Penulis

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan individu ‘paling kejam’ terhadap PAS, sekolah agama rakyat dan mangsa dalam Peristiwa Memali ketika beliau memerintah tetapi kini didukung dan duduk sepentas dengan parti itu.

Presiden PKR itu berkata, bekas Perdana Menteri itu kini adalah antara kumpulan terdesak sehingga beliau terpaksa berada sepentas dengan PAS dan Perikatan Nasional (PN).

TUN Dr Mahathir Mohamad hadir dalam perhimpunan anjuran Perikatan Nasional (PN) dan menyampaikan ucapannya dalam Program Munajat Rakyat Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, baru-baru ini. – Gambar FB PAS Pusat.

Bagaimanapun, katanya, tindakan Dr. Mahathir itu tidak menjejaskan sokongan rakyat kepada Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN), bulan depan.

“Beliau adalah kumpulan terdesak dan tiada ruang lain untuk dia heret. Tun (Dr) Mahathir orang yang paling kejam terhadap PAS, sekolah agama rakyat, mangsa Memali, namun kini didukung.

“Tidak mengapa lah, itu hak dia. Namun, ia tidak menjejaskan sokongan kepada kami,” katanya pada sidang media selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Warga FELDA, di Gua Musang, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi FELDA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja ditahan langgar anggota polis, cuba lari sekatan jalan

DUA remaja ditahan selepas dipercayai merempuh seorang anggota polis ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan di Taman Panchor...

More Articles Like This