Shaiful Hazizy calon BN di DUN Tanjung Dawai

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KETUA Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin sah diletakkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Dawai pada Pilihan Raya Negeri (PRN), bulan depan.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Pemilihan Shaiful Hazizy itu menjadikan BN bakal bertanding di 15 daripada 36 kerusi DUN Kedah.

Asyraf Wajdi memaklumkan, pengumuman terbaharu itu juga menggenapkan jumlah keseluruhan 108 kerusi yang akan ditandingi parti itu dalam PRN di kesemua enam negeri.

Pada masa sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Pakatan Harapan (PH) yang memberi laluan kepada BN untuk meletakkan calon di DUN Tanjung Dawai.

“Dengan mandat yang diamanahkan oleh Pengerusi BN, maka diumumkan calon bagi kerusi DUN Tanjung Dawai Kedah ialah Dato’ Shaiful Hazizy Zainol Abidin.

“Ini menggenapkan jumlah keseluruhan 108 kerusi yang bakal ditandingi oleh BN dalam PRN di enam negeri,” katanya dalam hantaran tersebut.

Baca artikel berkaitan: PRN: Senarai penuh calon BN yang bertanding di enam negeri

Calon bagi kerusi Tanjung Dawai sebelum ini tidak diumumkan pada Majlis Pengumuman Calon BN, Jumaat lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), kerusi tersebut dimenangi oleh calon Pas, Hanif Ghazali dengan majoriti hanya 952 undi.

Beliau menewaskan calon PH, Annuar Abdul Hamid yang memperoleh 10,492 undi manakala calon BN, Annuar Ahmad mendapat 10,421 undi.

Shaiful Hazizy pernah diletakkan sebagai calon BN di Parlimen Merbok pada PRU-15, November lalu.

Bagaimanapun, beliau yang hanya memperoleh 16,691 undi tewas kepada Nazri Abu Hassan dari Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti besar 21,019 undi.

Calon PH, Nor Azrina Surip pula mendapat 31,554 undi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This