‘Kita bersedih kehilangan rakan seperjuangan, ada yang masih tak takut melakukan fitnah’

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

“DI hari kita semua bersedih kehilangan seorang rakan seperjuangan yang baik, ada yang masih sempat dan tak takut melakukan fitnah.”

Itu respon Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil terhadap poster isu pembatalan Festival Good Vibes 2023 (GVF23). 

Fahmi dalam kenyataan yang dimuatnaik di akaun media sosialnya berkata, beliau telah mengarahkan agar laporan berhubung penyebaran poster itu dibuat di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Bagaimana pereka poster ini boleh dengan tidak ada rasa takut akan undang-undang mahu pun akhirat, membuat fitnah secara terbuka seperti ini. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi kita daripada fitnah dan para pemfitnah ini,” katanya.

Baca juga: Aksi biadab The 1975: Fahmi perlu letak jawatan – Wan Saiful

Terdahulu, tular di media sosial poster yang mengandungi fitnah kononnya Fahmi mengarahkan tentera siber penyokong kerajaan mencipta naratif jahat untuk menyalahkan Pas dalam isu pembatalan GVF23. 

Antara dakwaan poster tersebut adalah naratif menyalahkan Pas merupakan langkah terdesak Fahmi selepas beliau sedar aksi luar tabii itu berpunca daripadanya yang meluluskan permit kumpulan tersebut.

Mengulas lanjut, Fahmi menjelaskan bahawa permohonan permit kumpulan The 1975 oleh penganjur GVF23 telah ditolak oleh Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) pada 23 Jun lepas susulan rekod buruk mereka.

Begitupun, jelas beliau,  pada 16 Julai lepas, penganjur telah membuat rayuan dan jaminan bertulis termasuk daripada pengurus kumpulan itu untuk bertanggungjawab sepenuhnya atas persembahan The 1975 dan Puspal menerimanya berdasarkan jaminan tersebut.

Bagaimanaupun, katanya, kumpulan The 1975 mengejutkan semua pihak apabila melakukan aksi biadab ketika hari persembahan.

Fahmi berkata, antara tindakan biadab yang dilakukan kumpulan itu adalah apabila vokalisnya, Matty Healy memegang botol arak ketika di atas pentas selain berkelakuan lucah serta membuat ucapan menghina undang-undang Malaysia berkaitan isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

“Saya telah mengambil tindakan segera dengan mengutuk keras aksi biadab The 1975 di Twitter serta memanggil penganjur untuk memberi penjelasan sehari selepas itu dan mereka mengaku bersalah serta mengambil tanggungjawab sepenuhnya.

“Arahan pembatalan GVF23 yang masih berbaki dua hari turut dikeluarkan pada 1 tengah hari Sabtu iaitu kira-kira 14 jam selepas insiden biadab itu,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This