Mindef jalankan siasatan dalaman dakwaan tentera didera senior

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEMENTERIAN Pertahanan (Mindef) melalui Tentera Darat Malaysia telah mengarahkan siasatan dalaman dilaksanakan susulan dakwaan seorang individu dipercayai anggota tentera didera secara fizikal oleh anggota senior.

Dakwaan yang tular di media sosial itu turut menyertakan laporan polis bertarikh 21 Julai lalu dalam kejadian didakwa berlaku di sebuah kem di Sungai Petani, Kedah.

Kejadian itu kali pertama dilaporkan berlaku pada 18 Julai lalu dan berlarutan beberapa hari.

Akibat kejadian itu, mereka yang dibuli didakwa mengalami kecederaan pada anggota badan.

Mindef dalam kenyataan menegaskan, siasatan dalaman itu juga akan mengenal pasti individu yang terlibat dalam kes tersebut.

Pada masa sama, kementerian itu memaklumkan, kes tersebut telah diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan seterusnya.

Baca artikel berkaitan: Organisasi ATM perlu mantap pengurusan atasi kes buli

“Mindef amat memandang serius mengenai isu dera dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Kementerian juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat serta terbukti bersalah sama ada secara langsung atau tidak dalam kes seumpama ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mindef berkata, tindakan tegas juga akan diambil terhadap warga ATM sama ada individu atau mana-mana pihak yang sengaja mengeluarkan atau membuat dakwaan palsu sehingga boleh mencemarkan nama baik kementerian itu dan ATM.

“Kes ini masih dalam siasatan lanjut pihak PDRM.

“Justeru, masyarakat dinasihatkan agar tidak membuat sebarang kenyataan atau spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This