PEMAIN sayap Selangor FC, Faisal Abdul Halim digantung selama empat bulan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kerana memberi komen mengenai mutu pengadilan selepas berakhir perlawanan Selangor-Sabah baru-baru ini.
Selangor FC dalam satu kenyataan mengesahkan pemain kebangsaan yang sedang meningkat naik itu digantung selama empat bulan oleh FAM dengan pengantungan selama sebulan terlebih dahulu bermula semalam sehingga 23 Ogos ini.
Kelab itu berkata, baki tiga bulan lagi ditangguhkan tertakluk kepada kelakuan baik pemain terbabit selama 12 bulan dari tarikh 24 Ogos tahun ini hingga 24 Ogos tahun hadapan.
Hukuman yang diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib itu susulan kenyataan media yang dibuat pemain kebangsaan terbabit selepas perlawanan menentang Sabah pada 27 April lalu.
Keputusan berkenaan dimaklumkan kepada Selangor FC, hari ini, selepas wakil kelab dan pemain hadir di hadapan Jawatankuasa Tatatertib untuk perbicaraan, semalam.
“Oleh itu, beliau (Faisal) tidak boleh disenaraikan untuk perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), Kuala Lumpur City FC, Negeri Sembilan FC dan kedua-dua perlawanan Piala Malaysia menentang PDRM FC,” kata kelab itu.
Hari ini, media melaporkan Faisal bakal berdepan penggantungan selama sebulan dengan berita hukuman itu menjadi bualan hangat dalam kalangan peminta bola sepak tempatan.
Sebelum ini, Faisal yang juga tonggak Harimau Malaya meluahkan kekecewaannya mengenai ketika ditemubual oleh media selepas pasukannya mencatatkan kekalahan ke 2-1 di tangan Sabah FC di Stadium Likas pada April lalu.
Faisal Halim meluahkan rasa tidak puas hati dengan menganggap bahawa perlawanan itu tidak adil terhadap pasukannya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

