Laluan KL-Karak yang terjejas boleh diguna jam 7 malam ini – Menteri

Dari Penulis

LALUAN Kilometer (KM) 66.1 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak arah timur yang ditutup sejak malam tadi boleh diguna bermula jam 7 malam ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, usaha untuk membaiki jalan mendap di kawasan tersebut dijangka selesai dalam tempoh terdekat.

Katanya, beliau berpuas hati dengan kerja-kerja pembaikan jalan mendap yang berjalan dengan baik sejak semalam.

“Saya difahamkan segala kerja untuk menyiapkan jalan mendap dibuat pada hari ini.

“Jalan ini boleh dibuka semula kepada trafik dalam jam 7 malam ini, tertakluk kepada kerja pembaikan dan sebagainya,” katanya memetik laporan Astro Awani.

Baca juga: Lubang besar di Lebuhraya KL-Karak akibat mendapan, jalan ditutup

Mengulas lanjut, Alexander Nanta turut mengambil kesempatan untuk memuji sistem kontraktor yang berjaya mengesan pergerakan tanah di kawasan terbabit.

Jelas beliau, hal itu membolehkan langkah penutupan jalan dilakukan lebih awal bagi mengelakkan berlaku sebarang perkara tidak diingini.

“Mereka buat sistem untuk mengetahui ada movement (pergerakan) tanah dekat kawasan ini. Memang ada sistem pengesan, jadi dipasang banyak sensor (alat pengesan).

“Oleh kerana itu apabila akan berlaku, mereka akan cepat-cepat menutup jalan… oleh sebab itu tiada kenderaan lalu semasa kejadian. Itu boleh kita puji sistem guna di sini dapat halang sebelum berlaku kejadian,” katanya.

Terdahulu, laluan Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak arah timur dan barat ditutup sementara susulan kejadian tanah mendap di Kilometer 66.1 lebuh raya tersebut malam tadi.

LPT dalam ciapan di Twitter memaklumkan para pengguna dari Kuantan ke Kuala Lumpur diarahkan keluar di Persimpangan Pekan Bentong Timur dan masuk semula di Pekan Bentong Barat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This