PENGENDALI KL City FC, Bojan Hodak membuat keputusan mengejut apabila melepaskan jawatan yang disandang sejak tahun 2021.
Perkara itu disahkan akaun media sosial rasmi KL City FC, sebentar tadi.
Keputusan itu dilakukan hanya beberapa hari selepas KL City FC tewas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi final Piala FA 2023, Sabtu lalu.
Watak penting yang menaikkan semula imej skuad ‘warga kota’ itu meletakkan jawatan untuk menyertai pasukan Indonesia, Persib Bandung.
Persib Bandung turut mengesahkan kemasukan jurulatih dari Croatia itu dalam laman rasminya.
Baca artikel berkaitan: KL City kesal insiden penyokong dakwa dipukul ketika final Piala FA
Sebagai rekod, Hodak membawa KL City FC mara ke tiga final dalam tiga tahun berturut-turut.
Beliau membimbing KL City FC menjulang Piala Malaysia 2021 sebelum menjadi naib juara Piala AFC 2022.
Karier kejurulatihan pengendali berusia 52 tahun itu bermula di UPB-MyTeam dan membawa pasukan itu ke Liga Super.
Beliau juga merupakan jurulatih yang membawa pasukan Kelantan memenangi kejuaraan treble iaitu Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia pada tahun 2012.
Hodak juga pernah menjadi jurulatih bagi pasukan JDT dan Skuad Bawah-19 Kebangsaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

