Nora Danish & Amir Ahnaf antara bintang fiem seram The Parcel, dah mulakan penggambaran di Indonesia

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

Filem Seram The Parcel Kini Mula Penggambaran Di Indonesia, Dibintangi Atiqah Hasiholan, Amir Ahnaf & Nora Danish

RUMAH produksi Malaysia, 4WARD Pictures bakal tampil menerusi sebuah filem seram terbaharu berjudul The Parcel selepas sukses dengan naskhah genre sama iaitu Rumah Iblis.

Dibintangi oleh Atiqah Hasiholan dan beberapa bintang ternama Indonesia lainnya, The Parcel yang diarahkan oleh Andi Bachtiar Yusuf itu sudah pun memulakan penggambaran bermula 27 Julai di beberapa lokasi di Jakarta, Indonesia.

Eksekutif produser 4WARD Pictures, Nashrul Nasir dan Alif Nabil ada alasan tersendiri mengapa pihaknya memilih untuk mempersembahkan filem seram di negara jiran.

“Filem horor (seram) mempunyai nilai yang besar berdasarkan kepada permintaan daripada penonton. Naskhah sedemikian masih diminati dan mudah difahami berdasarkan kepada penceritaannya.

“Malah 4WARD Pictures merasakan wujudnya persamaan budaya dan nilai antara dua negara serumpun, Malaysia dan Indonesia. Kami juga mendukung filem-fikem berkualiti yang ditayangkan di kedua-dua negara,” katanya kepada URTV.

Sependapat dengan Nashrul, Alif juga melihat Indonesia banyak menawarkan keunikan dan keistimewaan dalam konteks sebuah karya filem.

“Dari dulu kami juga sangat minat dengan filem Indonesia dan kini kembali berkesempatan untuk mencipta nama berkembangan di Indonesia,” kata Alif Nabil.

Berkongsi mengenai pemilihan Atiqah Hasiholan sebagai pelakon utama The Parcel, Nashrul menjelaskan pihaknya telah melakukan ‘reset’ dan uji bakat bagi mendukung watak yang diperlukan.

“4WARD Pictures memang mencari bintang yang mampu menyampaikan karakter utama sesuai dengan situasi dan Atiqah dilihat mampu memberikan apa yang diperlukan.

“Iaitu daripada segi ciri-ciri, imej, kriteria, fizikal selain prestasi lakonan yang dikehendaki,” katanya lagi.

Selain Atiqah Hasiholan, The Parcel turut dibarisi pelakon hebat seperti Baim Wong, Putri Ayudya dan Whani Dharmawan selain bintang Malaysia, Nora Danish dan pelakon baharu yang kian meningkat naik, Amir Ahnaf.

The Parcel mengisahkan tentang wanita bernama Radha, yang bertugas sebagai ‘photo journalist’. Nasibnya berada di hujung tanduk susulan sebuah kes.

Atas desakan kewangan, Radha dan anak lelakinya perlu mencari sebuah rumah yang lebih murah sewanya.

Lalu, mereka mendiami sebuah rumah yang mana di dalamnya turut mempunyai sebuah bilik yang dikhaskan untuk memproses filem negatif.

Tiada jiran yang mendedahkan mengenai kisah lama pemilik rumah terdahulu sebelum mereka mendiaminya.

Misteri berlaku apabila Radha menerima satu kiriman bungkusan tanpa nama dan alamat yang jelas. Atas rasa ingin tahu, Radha membuka kiriman berkenaan.

Lalu, tercetuslah pelbagai kejadian menakutkan, antaranya jiran yang tiba-tiba ditemukan mati dalam keadaan yang dahsyat. Mampukah Radha merungkai misteri yang berlaku?


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This