‘Unfollow’ Instagram, Nadia Brian tak mahu ulas sudah tiada cinta dengan Boss Ned – “Doakan yang baik-baik, malu nak cerita hal peribadi…,”

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAKON Nadia Brian, akhirnya tampil membuka mulut mengenai status hubungannya dengan usahawan Nedim Nazri Aziz atau Boss Ned, setelah peminat mula menghidu sesuatu yang tidak kena apabila kedua-duanya didapati tidak lagi mengikuti satu sama lain di media sosial Instagram.

Dalam satu pertemuan bersama pihak media baru-baru ini, Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi,34, mengakui hubungan mereka kini sedang melalui fasa perkenalan yang masih sangat awal. 

Menjawab spekulasi mengenai tindakan ‘unfollow’ yang mencetuskan tanda tanya, Nadia secara jujur menyifatkan ia sebagai lumrah dalam perhubungan yang baharu bermula.

“Kami pun baru saja kan dalam fasa perkenalan. Apa-apa pun saya doa yang baik-baik saja dan harapnya semua orang pun doa yang baik-baik. 

“Saya pun sibuk bekerja, jadi masing-masing kan sibuk dengan kehidupan  sendiri.

“Itulah, itu nampaklah kita kadang perempuan kan ada emosi. Ada gaduh-gaduh manja sikit macam tulah. Masih baru kan, Insya-Allah doakan yang baik-baik,” katanya kepada URTV.

Nadia ditemui di majlis Viu Together Gather dan Iftar di Dewan Serai, pusat beli-belah KLGCC, baru-baru ini.

Walaupun Boss Ned dikenali sebagai seorang yang lebih terbuka dalam berkongsi perihal kehidupan di media sosial, Nadia nampaknya lebih selesa untuk mengambil pendekatan yang lebih berhati-hati.

Baginya, perasaan malu dan pengalaman lalu membuatkan dia lebih menghargai privasi dalam sesebuah hubungan.

Nadia menjelaskan bahawa dia tidak mahu terlalu menjaja kisah peribadi kerana fokus utamanya buat masa ini adalah kerjaya dan keluarga. 

Tambahnya lagi, kesibukan jadual kerja masing-masing juga menjadi faktor mengapa mereka kurang kelihatan bersama kebelakangan ini.

“Macam saya sebenarnya iyalah kalau peribadi tu macam kita malulah nak ceritakan…nak dapatkan like the story pula sebab saya bukan macam tu.

“Saya pernah diduga dengan pengalaman lalu kan, jadi tak nak rasa perkara itu berulang lagi. 

“Sebab itu saya mungkin agak sedikit personal sikit bila bab hal peribadi.

“Tapi saya faham peminat risau dan sayang. Tapi apa yang saya nak kongsi, saya akan berkongsi kepada umum,” ujar pelakon Hening Rindu itu.

Sekitar Disember tahun lalu lalu, Nadia dan Bos Ned mencuri perhatian ramai selepas memuat naik foto bersama dalam akaun Instagram masing-masing.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Demi masa depan, Kim K ketepikan ego, sanggup beratur panjang uji bakat Suria Records

SEMANGAT kental peserta program realiti Talk To My Manager musim kedua, Kim K dalam mengejar impian sebagai anak seni...

More Articles Like This