Penyokong ‘Bossku’ hilang kepercayaan kepada Zahid, tekad sokong PN

Dari Penulis

SEKUMPULAN penyokong tegar bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atau ‘Bossku’ menyatakan hilang kepercayaan terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Sehubungan itu, Presiden Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia, Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz menyeru semua penyokong ‘Bossku’ untuk menzahirkan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Syed Muhammad Imran mendakwa, Ahmad Zahid telah menjadikan UMNO seolah-olah sebuah parti milik individu dengan memecat atau menggantung sesiapa sahaja yang menyuarakan pendapat bertentangan.

Beliau turut mahu menjadikan PRN pada 12 Ogos depan sebagai referendum atau pungutan suara tidak percaya kepada kepemimpinan Ahmad Zahid sebagai Presiden UMNO.

Pada masa sama, Syed Muhammad Imran turut berharap sokongan kepada PN boleh membangkitkan semula keadilan kepada ‘Bossku’ mengikut lunas undang-undang.

“Kami percaya konflik kepentingan hakim yang telah ditemui menuntut supaya proses keadilan dilaksanakan semula.

“Kami berharap kepemimpinan parti PN akan menyambut tangan kami untuk bersama.

“Demi keadilan undang-undang sepenuhnya untuk Najib dan semua rakyat Malaysia, budaya menghukum dengan fitnah terancang perlu dihapuskan sama sekali,” katanya dalam kenyataan.

Baca artikel berkaitan: Keputusan rayuan Najib gugur peguam wakili Tommy Thomas 11 Ogos depan

Beliau bersama sebahagian penyokong turut mengadakan sidang media berhubung perkara itu semalam.

Pada 13 Julai lalu, beliau turut memberi amaran kepada pimpinan UMNO bahawa penyokong Najib akan mengalihkan sokongan kepada PN pada PRN selepas kecewa dengan layanan Kerajaan Madani terhadap keadilan untuk Najib yang dikatakan tidak ditegakkan.

Dalam pada itu, Syed Muhammad Imran turut berharap supaya proses pemilihan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO diadakan secepat mungkin.

Katanya, ini kerana penyokong Najib berasa tertipu apabila Ahmad Zahid mengekalkan kedudukan dengan mendapatkan ‘kebenaran khas’.

“Perkara ini wajib kita hentikan demi masa depan UMNO.

“Kami sudah tidak selesa lagi apabila Ahmad Zahid terus menerus mempergunakan kami untuk menyokong beliau dengan menunggang nama Najib,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This